BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

Ketandusan sumber tenaga

Apakah persediaan kita dalam menghadapi krisis ketandusan sumber tenaga?

KRISIS air sedunia dipercayai berlaku akibat pengurusan yang lemah.

USAHA mencari sumber tenaga boleh diperbaharui dan air bersih adalah penting bagi mana-mana masyarakat lestari, khasnya ketika kedua-dua sumber ini semakin berkurangan seiring dengan peralihan masa.

Tenaga dan air saling berkaitan di samping elemen penting yang diperlukan oleh manusia iaitu makanan.

Sehubungan itu, akses kepada tenaga boleh diperbaharui dan air bersih penting untuk pembangunan lestari negara dan kelangsungan hidup manusia.

Topik mengenai Makanan, Air dan Tenaga yang dibincangkan pada persidangan antarabangsa World Chambers Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini mengupas kesan ketandusan sumber tenaga, air dan makanan terhadap pembangunan lestari.

Permintaan dunia bagi tenaga terus meningkat pada kadar antara dua hingga tiga peratus setiap tahun. Ia mewakili kira-kira 530 joule (EJ) pada waktu ini tetapi wujud kebimbangan terhadap bekalan bahan api fosil yang boleh mencetuskan satu era harga minyak yang lebih tinggi yang menjejaskan pembangunan lestari.

Pada masa yang sama, manusia memerlukan lapan bilion meter padu air menjelang 2030 tetapi hanya separuh daripada jumlah itu boleh diperbaharui. Ini bermakna, bekalan air juga akan berkurangan. Perubahan iklim juga memberi kesan apabila paras laut kian meningkat, kemarau, banjir, kutub dan glasier yang mencair.

Bolehkah sumber ditemui?

Komuniti di seluruh dunia pasti ingat akan kemunculan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti bio-diesel, etanol, kuasa solar dan seumpamanya semasa harga minyak mentah mencecah AS$150 (RM525) setong pada tahun lalu. Tetapi semua itu hilang begitu sahaja apabila harga minyak jatuh teruk semasa krisis ekonomi.

Persoalannya ialah adakah tenaga boleh diperbaharui ini sesuatu yang boleh dicapai secara realiti atau sekadar satu impian?

Pembentang pada sesi pleno itu, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor, yang pernah berkhidmat selama tiga dekad dengan Shell dan berpengalaman luas dalam bidang petroleum berkata, sumber tenaga boleh diperbaharui sebenarnya boleh dicapai.

"Saya rasa ia boleh dicapai jika pembangunan bekalan berlaku dan apa yang penting ialah untuk menemui bentuk tenaga yang murah dan mudah digunakan seperti bahan api bio.

PERUBAHAN iklim boleh memberi kesan kepada bekalan air.

"Bagaimanapun, wujud keraguan sama ada penggunaan bahan api bio tertentu berbaloi kerana dianggarkan menjelang 2030, bahan api bio cecair (tidak termasuk biomas tradisional) hanya mampu menyumbangkan 30 EJ (setara dengan 14 juta tong minyak sehari). Jumlah ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan permintaan tenaga," kata Megat Zaharuddin yang juga Pengerusi Platinum Energy Global, sebuah syarikat bahan api bio.

Beliau juga berkata, alternatif seperti bahan api bio masih mahal untuk dikeluarkan. Selain itu, bahan api bio generasi kedua daripada alga, memerlukan masa yang panjang untuk dibangunkan.

"Jadi, dalam industri bahan api boleh diperbaharui khasnya bahan api bio, saya gembira dengan beberapa perkembangan positif seperti teknologi baru dan ekonomi mengikut skala yang akan mengurangkan kos pengeluaran bahan api bio.

"Lebih banyak pengeluar pelbagai jenis bahan api bio, lebih banyak infrastruktur pengedaran dapat dipertingkatkan untuk mengurangkan kos dan enjin-enjin terbaik bahan api bio dapat direka," jelasnya. Ini kata beliau, bukan saja dapat memaksimumkan penggunaan tenaga, malah mengeluarkan wasap yang lebih bersih.

Bekalan air terancam

Hari ini, sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk dunia tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

Menjelang 2030, separuh daripada penduduk dunia atau empat bilion orang akan tinggal di kawasan yang mengalami kekurangan bekalan air.

Bekalan air yang semakin berkurangan menurut para pakar kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan populasi, urbanisasi, pengondolan hutan, perindustrian dan air yang disia-siakan. Masalah ini akan bertambah buruk dengan perubahan dalam iklim.

Aktiviti pertanian pula mewakili lebih kurang 70 peratus daripada semua air yang digunakan oleh manusia.

Masalah berkenaan air dibentangkan di sesi pleno yang sama oleh Jack Moss, Penasihat Kanan Air, AquaFed, Perancis.

Beliau berkata, air lebih penting daripada apa yang diketahui oleh orang ramai. Katanya, terdapat kelemahan teruk dalam pengurusan bekalan air dan sanitasi yang membawa kepada kehilangan air yang boleh digunakan.

"Terdapat dua faktor asas iaitu kurangnya komitmen politik yang menyebabkan ketiadaan kepimpinan untuk kawalan terhadap air dan sistem sanitasi serta tiada pengurusan industri," ujarnya.

Ancaman kekurangan bekalan air tidak boleh dipandang ringan. Apa yang berlaku di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini yang kehabisan air dan terpaksa mengimportnya dari Marseilles, Perancis seharusnya dijadikan iktibar.

"Krisis air dunia terjadi kerana pengurusan yang lemah dan akibat kesan menyeluruh daripada krisis tempatan. Satu-satunya jalan penyelesaiannya ialah air perlu dipulihara dan digunakan dengan cekap untuk menjamin bekalan. Kerajaan dan mereka yang berkepentingan perlu mengambil pendekatan bersepadu terhadap perancangan air antarabangsa dan dasar-dasar yang mengambil kira sanitasi," kata beliau. - Bernama