SEKUMPULAN pengunjung dipukul ombak setinggi 8 meter ketika melalui tembok penghadang ombak di Devon, England.
LONDON -Britain kini dilanda hujan lebat dan ombak besar dengan hujan melebihi 2.54 sentimeter turun dalam tempoh 24 jam di beberapa bahagian di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Jumlah tersebut melebihi taburan hujan selama tiga bulan di lokasi-lokasi terbabit termasuk wilayah Anglia Timur, England.
Kelmarin, perlawanan akhir tenis antarabangsa di sini yang disertai bintang tenis Andy Murray terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.
Keadaan tersebut dijangka berterusan sepanjang minggu ini di banyak bahagian di Britain.
"Hujan lebat turun di kebanyakan tempat di Britain kelmarin. Hujan diramalkan reda pada hari ini tetapi cuaca dijangka kembali buruk esok," kata seorang jurucakap jabatan meteorologi Britain. - Agensi
GEMPA BUMI di Christchurch semalam menyebabkan tebing di sebuah kawasan perumahan runtuh.
CHRISTCHURCH - Penduduk bertempiaran lari keluar dari bangunan dan kediaman mereka untuk menyelamatkan diri apabila dua gempa bumi setiap satu berukuran 5.2 dan 6 pada skala Richter menggegarkan bandar ini, selatan New Zealand semalam.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat AS melaporkan gempa pertama berlaku pada tengah hari dengan diikuti satu gempa bumi kuat sejam kemudian.
Menurut agensi berkenaan, kedua-dua gempa tersebut berpusat pada kedalaman 9 kilometer di bawah bumi pada jarak 14 kilometer dari pusat bandar ini.
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam bencana tersebut tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan beberapa bangunan dan sejumlah kediaman.
"Malapetaka ini amat, amat menakutkan. Kami masih tidak dapat memastikan tahap kemusnahan yang berlaku tetapi kami berdoa tiada nyawa melayang seperti gempa bumi kuat yang melanda pada awal tahun ini," kata Datuk Bandar Bob Parker.
Menurutnya, gempa bumi terbaru itu menyebabkan tanah runtuh dan banjir selain memutuskan bekalan elektrik dan air kepada sekitar 54,000 buah rumah.
Orang ramai masih dalam proses membina semula kehidupan mereka selepas gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter pada 22 Februari lalu mendatangkan kemusnahan besar pada bandar ini selain menyebabkan 181 orang terbunuh. - Agensi
SEJUMLAH rumah semalam musnah akibat puting beliung di bandar Pratt, pinggir Birmingham kelmarin.
BIRMINGHAM, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 161 angin puting beliung melanda selatan AS kelmarin dalam kejadian ribut paling buruk sejak 40 tahun lalu.
Cuaca buruk itu menyebabkan lebih 220 orang terbunuh setakat ini dengan 131 sahaja berlaku di negeri Alabama kelmarin.
Perintah darurat diisytiharkan di Alabama, Arkansas, Georgia, Kentucky, Mississippi, Missouri, Tennessee dan Oklahoma ekoran cuaca buruk itu.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan bantuan akan dihantar ke negeri-negeri yang terjejas teruk akibat ribut tersebut.
Para penduduk terkejut apabila melihat kerosakan tersebut semalam di sini manakala sebahagian lagi menangis ekoran kehilangan orang tersayang dan rumah.
Sejumlah serpihan bangunan yang diranapkan oleh angin puting beliung ditemui sejauh 80 kilometer dari tempat asal.
Angin puting beliung dan ribut yang berlaku kelmarin dianggap melibatkan kematian paling ramai sejak ribut taufan Katrina pada 2005.
Menurut laman Accuweather.com, angin puting beliung itu merupakan yang terburuk pernah berlaku sejak 310 orang terbunuh pada 3 April 1974. – Agensi
SEJUMLAH rumah semalam musnah akibat puting beliung di bandar Pratt, pinggir Birmingham kelmarin.
BIRMINGHAM, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 161 angin puting beliung melanda selatan AS kelmarin dalam kejadian ribut paling buruk sejak 40 tahun lalu.
Cuaca buruk itu menyebabkan lebih 220 orang terbunuh setakat ini dengan 131 sahaja berlaku di negeri Alabama kelmarin.
Perintah darurat diisytiharkan di Alabama, Arkansas, Georgia, Kentucky, Mississippi, Missouri, Tennessee dan Oklahoma ekoran cuaca buruk itu.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan bantuan akan dihantar ke negeri-negeri yang terjejas teruk akibat ribut tersebut.
Para penduduk terkejut apabila melihat kerosakan tersebut semalam di sini manakala sebahagian lagi menangis ekoran kehilangan orang tersayang dan rumah.
Sejumlah serpihan bangunan yang diranapkan oleh angin puting beliung ditemui sejauh 80 kilometer dari tempat asal.
Angin puting beliung dan ribut yang berlaku kelmarin dianggap melibatkan kematian paling ramai sejak ribut taufan Katrina pada 2005.
Menurut laman Accuweather.com, angin puting beliung itu merupakan yang terburuk pernah berlaku sejak 310 orang terbunuh pada 3 April 1974. – Agensi
OMBAK tsunami melanda kawasan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.
TOKYO - Jepun meletakkan krisis nuklear Fukushima Daiichi di timur laut negara itu menyamai tragedi nuklear terburuk dunia di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 selepas data baru menunjukkan lebih banyak radiasi merebak semasa krisis itu tercetus berbanding jangkaan sebelum ini.
Beberapa pegawai berkata, mereka mengambil masa agak lama untuk menyukat kadar radiasi dari loji Fukushima yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu dan peningkatan tahap krisis nuklear tersebut pada tahap tertinggi tidak bermakna bahawa situasi kini bertambah buruk.
"Persediaan kami adalah bagaimana untuk mengukur kebocoran radiasi apabila berlakunya tsunami dan gempa bumi adalah tidak cukup dan hasilnya kita lambat dalam menyebarkan maklumat di peringkat antarabangsa," kata pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri Jepun Naoto Kan.
Justeru, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (NISA) Jepun, Hidehiko Nishiyama, berkata, keputusan menaikkan tahap bahaya krisis nuklear daripada tahap lima kepada tahap tujuh seperti yang dilaksanakan ketika bencana Chernobyl adalah berdasarkan jumlah radiasi yang dibebaskan.
"Sebelum ini pun, kami pernah mempertimbangkan keadaan ini sebagai insiden serius. Tidak akan berlaku perubahan besar dalam cara kami mengendalikan masalah ini," katanya.
Satu lagi gempa bumi melanda timur Jepun semalam menyebabkan kebakaran berlaku di loji nuklear yang bocor itu tetapi jurutera-jurutera yang bertugas di loji terbabit berjaya memadamkan api tersebut.
Tahap tujuh bermakna jumlah radiasi yang dibebaskan adalah besar dengan memberi kesan buruk keatas kesihatan manusia dan alam sekitar sehingga melibatkan kematianmanakala tahap 5 pula hanya membabitkan pengeluaran radiasi dalam jumlah yang terhad.
Tragedi di Chernobyl berlaku pada 26 April 1986 yang melibatkan 350,400 penduduk dipindahkan dari kawasan tersebut.
Letupan tersebut menyebabkan kadar radiasi yang tinggi tersebar di ruang udara di sekitar bandar tersebut. - Agensi
Thursday, March 24, 2011
Lingkaran musibah Oleh Hazirah Che Sab zeehan@bharian.com.my 2010/10/30
Bekas tapak perkampungan di Mentawai selepas dilanda tsunami Isnin lalu.
Gempa bumi, tsunami dan letusan Merapi melanda Indonesia hampir serentak
ANDAI mahu diukur dari segi kedudukan, kestabilan muka bumi dan kekerapan ditimpa bencana alam, Indonesia mungkin paling layak berada di tempat teratas senarai negara paling tidak selamat untuk diduduki. Jika diteliti, sukar rasanya untuk republik itu melepasi tempoh setahun tanpa ada satu pun bencana mencelah.
Namun apa yang dihadapi negara jiran itu kali ini sesuatu yang jauh berbeza daripada kebiasaan kerana tiga musibah datang hampir serentak. Semuanya kerana kedudukan republik berkenaan dalam Lingkaran Api Pasifik.
Isnin lalu, Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di Sumatera, sekali gus mencetuskan tsunami dan keesokannya pula, Gunung Merapi di Balerante, Jawa Tengah menyemburkan awan panas dan menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah Celsius.
Setakat Khamis lalu, bencana tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dan mencipta ombak besar setinggi tiga meter dilapor melenyapkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 300 nyawa manakala angka korban angkara gunung berapi Merapi mencecah puluhan orang.
Pakar gunung berapi berkata, ketika mereka tidak boleh menidakkan letusan lebih ganas, ia mungkin berterusan sebagai siri letupan kecil seperti yang berlaku Selasa lalu.
“Jika keadaan berterusan seperti ini untuk beberapa waktu, kita akan melihat letusan yang perlahan dan panjang,” kata penyelidik gunung berapi, Gede Suantika. Seperti Kepulauan Aleutian di Alaska yang bertaburan dengan gunung berapi, kepulauan Indonesia juga terletak di sempadan bawah laut antara dua plat paling besar dalam kerak bumi.
Dalam kes Indonesia, kerak plat Australia terletak di bawah kerak plat Eurasia yang membentuk kubu Sunda. Pergeseran kedua-dua plat memanaskan batu ke tahap cair, membekalkan magma yang membesar untuk membentuk gunung berapi serta mencetuskan gempa bumi.
Zon sama mengeliling Pasifik, mewujudkan rangkaian gunung berapi yang memanjang dari Andes sehingga Pasifik Barat, lalu membentuk Lingkaran Api.
Risiko keseluruhan rantau itu membuatkan sebahagian pakar gempa bumi berjaga sepanjang malam kerana ia juga mengandungi sebahagian zon yang membentuk ketegangan selama lebih 200 tahun. Jika ia dibebaskan dalam satu keadaan, gempa boleh mencecah 8.5 pada skala Richter yang boleh mencetuskan gempa bumi amat kuat.
Bahagian itu berpusat di bawah Pulau Siberut di Padang. Pada September 2009, gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda persisiran pantai Padang.
Sekali pandang, ia menepati corak gempa bumi pada ukuran sama yang berlaku sepanjang bahagian lain di pantai itu sejak 2004 apabila gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter menggegarkan utara Sumatera, menyebabkan anggaran 231,000 kematian secara langsung atau tidak langsung kerana tsunami yang merebak ke seluruh Lautan Hindi.
Sebahagian penyelidik berkata, mereka mengesyaki siri apa yang dikatakan gempa bumi lemah yang mewakili zon berkenaan sekadar menyesuaikan diri untuk berubah dalam corak tekanan yang disebabkan gegaran pada 2004.
Bagaimanapun, menurut sepasukan pakar gempa bumi yang berada di situ, gegaran pada 2009 tidak memberi kesan dalam mengurangkan ketegangan yang sudah terbina selama 200 tahun.
Menulis dalam jurnal Nature Geoscience, Januari lalu, pasukan berkenaan memberi amaran bahaya gempa bumi berukuran lebih 8.5 pada skala Richter masih ada di sepanjang segmen di Padang.
Sebarang harapan gempa bumi Isnin lalu mungkin mengurangkan ketegangan, nyata tersasar. Berdasarkan maklumat awal mengenai lokasi dan kedalaman pecahan, gempa itu berlaku amat jauh daripada ketegangan yang tercetus berhampiran Padang.
Indonesia dikelilingi pulau yang dianggarkan berjumlah 17,504 buah dan dengan kedudukan geografi yang meletakkan republik itu di titik pertembungan tiga plat yang mempunyai pergerakan tersendiri dengan arah bertentangan, lalu menyebabkan kumpulan tenaga tidak boleh dibendung, sekali gus mencetuskan gempa bumi.
INFO: Tragedi bencana alam paling dahsyat dalam sejarah Indonesia
Gempa bumi Toba di Sumatera Utara Gempa bumi gunung berapi yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia berlaku kira-kira 450,000 tahun lalu. Ia disebabkan aktiviti magma yang selalunya berlaku sebelum letusan gunung berapi. Aktiviti yang semakin memuncak akan menyebabkan letupan yang juga mengakibatkan gempa bumi. Kesan gempa bumi itu membentuk Danau Toba yang kini terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Gempa bumi di Jawa Juga gempa bumi gunung berapi yang berlaku di pergunungan Jawa Timur dengan ukuran 6 hingga 6.8 pada skala Richter, kira-kira 1,770 tahun lalu. Gegaran menyebabkan letusan Gunung Sumeru dan tragedi ini meragut 6,000 nyawa serta menghasilkan hujan debu selama empat hari di seluruh kawasan tengah hingga Jawa Timur. Gunung Sumeru dianggap gunung berapi paling aktif sehingga sekarang.
Gempa bumi 25 November 1833 Ia menyebabkan wujudnya segmen Kubu Sumatera di sepanjang 1,000 kilometer di tenggara. Perkara sama berlaku dalam gempa bumi pada 26 Disember 2004. Ia mencetuskan tsunami yang melanda pantai barat Sumatera, kawasan paling hampir dengan pusat gegaran ialah Pariaman hingga Bengkulu.
Letusan gunung berapi Krakatoa Apabila Krakatoa meletup pada Ogos 1883, ia menyamai kuasa bom atom. Letusan dapat didengar sehingga beribu kilometer, menggegarkan seluruh Lautan Pasifik, menyebabkan seluruh ‘pulau Krakatau’ tenggelam dan turut membawa bersama 100 pulau sekitarnya. Bencana itu membunuh 36,000 orang, kebanyakannya disebabkan tsunami. Debu letusan sampai hingga ke New York, menyebabkan penurunan suhu seluruh dunia untuk tempoh hingga setahun.
Oleh Hazirah Che Sab zeehan@bharian.com.my 2011/03/24
Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru
BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.
Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.
Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.
Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.
“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.
“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.
“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.
Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.
Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.
Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.
“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.
“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.
“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.
Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.
Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.
Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.
Lima bandar zon gempa
Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.
Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.
Tokyo, Jepun Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.
Istanbul, Turki Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.
Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.
Seattle, Amerika Syarikat Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.
Los Angeles, Amerika Syarikat Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.
San Francisco, Amerika Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.
INFO: Definisi
Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.
Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.
Seorang guru, juga GKTV di SMU Mardziah, Kubang Batang, Wakaf Bharu, Kelantan.
Seorang ibu kepada enam anak di dunia fana dan seorang ibu kepada bidadari kecil di alam sana. Suka menguliti bahan bacaan, menikmati keindahan alam dan gemar akan sesuatu yang kreatif.
2011- Hope this is my year...
"Sesungguhnya selepas kesukaran itu akan ada kesenangan, dan selepas kesukaran itu ada kesenangan.., annasyrah
"Sesungguhnya Allah melakukan segala sesuatu ada tempoh-tempoh masanya," al talak..