TANPA disedari, longgokan makanan terbiar rosak di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat sebenarnya mampu mengatasi tujuh kali ganda masalah kebuluran dunia. |
TANPA disedari, longgokan makanan terbiar rosak di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat sebenarnya mampu mengatasi tujuh kali ganda masalah kebuluran dunia.
Lebihan makanan setiap rumah di Britain pula - jika dikumpulkan - boleh mengenyangkan kira-kira 113 juta orang.
Secara purata, penduduk Britain membazirkan makanan di rumah masing-masing dalam kuantiti bersamaan dengan keperluan harian dua mangsa kelaparan.
Sebuah buku ditulis peladang kecil-kecilan dan penganalisis industri makanan, Tristram Stuart, sepatutnya mampu membuka mata kita mengenai pengurusan bahan makanan harian.
Bertajuk Waste, Stuart menyiapkan bahan itu dengan mendokumentasi proses penghasilan makanan - bermula dari ladang, kilang dan akhirnya dipasarkan di kedai atau pasar raya.
Dia mengembara ke serata dunia, termasuk China, Pakistan dan Jepun. Hasil penelitian Stuart, separuh daripada bahan makanan terbuang begitu saja sebelum ia sempat tiba kepada pengguna.
Pengamatan Stuart mendapati:
Menurut Stuart, pihak pasar raya melakukan kesalahan khusus apabila enggan mendedahkan nilai makanan yang dibuang. “Pasar raya bersungguh-sungguh memastikan produk kegemaran pelanggan sentiasa ada dijual bagi mengelakkan mereka beralih ke tempat lain. “Sebuah pasar raya menjelaskan, amalan itu memaksa mereka meletakkan produk lebih banyak berbanding permintaan sebenar dan tidak keberatan jika ia akhirnya terbuang atau rosak begitu saja,” katanya. Menurut Stuart, peniaga juga yakin pelanggan akan lebih tertarik datang ke premis mereka apabila mendapati semua rak berisi dengan pelbagai barang. “Alasan lain, pasar raya mendapat lebih keuntungan jika meningkatkan stok masing-masing,” katanya. Sebagai contoh, katanya, sebungkus sandwic 200 gram hanya memerlukan kos kurang daripada satu pence tetapi keuntungan diperoleh mencapai 100 kali ganda. Pasar raya Sainsbury’s menyatakan, kira-kira 60,000 tan makanan dihantar ke tapak pembuangan sampah setiap tahun, manakala rangkaian pasar raya Asda melupuskan kira-kira 75,000 tan. Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah apabila banyak pasar raya berjanji berusaha mengurangkan pembaziran makanan di setiap premis mereka. Morrisons berjanji menurunkan kadar pembuangan sehingga separuh menjelang tahun depan, selepas Sainsbury's dan Asda mengumumkan rancangan mereka. Tesco pula berharap dapat menghantar 80 peratus bahan terbuang itu untuk dikitar semula menjadi bahan bakar. Kaji selidik oleh syarikat pengurusan bahan buangan, Biffa, mendapati hampir separuh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam untuk pasar raya akhirnya terbuang begitu saja. Antara lain, ia kesan pelaksanaan sistem spesifikasi yang ketat. Kata Stuart, lambakan makanan terbuang bukan sekadar satu tragedi kemanusiaan, sebaliknya boleh membuka potensi lain jika dimanfaatkan. “Ada kira-kira 900 juta warga dunia kekurangan zat ketika ini dan mereka boleh diselamatkan daripada kebuluran dengan menguruskan bahan berkenaan,” katanya. Menurut Stuart, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong saranan mengurangkan pembaziran makanan sehingga separuh menjelang 2025. “Sebenarnya sasaran itu boleh dicapai lebih awal dengan kerjasama ahli perniagaan, kerajaan dan orang awam,” katanya. |