BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 19, 2009

Alga selamatkan dunia?




DAPATKAH alga menyelamatkan dunia? Berjuta-juta tahun dahulu, tumbuhan hijau ini membersihkan permukaan bumi dan senario yang sama diharapkan saintis bagi menghapuskan masalah gas rumah hijau serta mengembalikan sumber minyak.

Pada masa lampau, alga menukar atmosfera Bumi yang sukar diduduki organisma kepada sebuah planet yang mampu menerima sokongan hidupan pada zaman moden melalui proses fotosintesis. Dengan sinaran cahaya matahari yang cukup, tumbuhan hijau itu menukarkan gas karbon dioksida dan cahaya matahari kepada pati gula dan oksigen.

Yang selebihnya pula tenggelam ke dalam tasik atau dasar laut lalu membentuk minyak. "Apa yang kita lakukan kini adalah menterbalikkan putaran masa," kata Steve Skill, seorang pakar kimia biologi dari Makmal Marin Plymouth, England.

"Alam semula jadi telah menerima proses dengan baik dan kita semua dapat menikmati kebaikan minyak mentah dalam kehidupan seharian. Jadi, dapat disimpulkan bahawa kejadian itu bukanlah sesuatu yang sukar diterima atau tidak boleh dilakukan," katanya.

Menurutnya, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah menemui cara terbaik yang dapat menukarkan hidupan tertua di Bumi ini kepada minyak sayuran dan kemudian digunakan sebagai biodiesel, bahan api kapal terbang, bentuk bahan api lain dan produk plastik.

(kosmo online 19/2/2009)

0 comments: