25/07/2010 12:22pm
JOHOR BAHRU - Semenjak tahun 2004, kehidupan harian penduduk di Pulau Aur, pulau yang terletak paling jauh di luar perairan Mersing telah banyak berubah.
Malah kehidupan penduduk di pulau itu kini tidak banyak bezanya dengan penduduk di bandar-bandar besar negara ini, dengan siaran televisyen satelit, komputer, internet dan pelbagai kemudahan moden terkini.
Kesemua perubahan yang dikecapi oleh penduduk di Pulau Aur sejak enam tahun lepas berlaku berikutan wujudnya perkhidmatan bekalan elektrik 24 jam sehari oleh syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB menerusi anak syarikatnya, TNB-Energy Services Sdn Bhd (TNBES) berjaya menyelesaikan masalah bekalan elektrik di pulau-pulau Mersing seperti di Pulau Aur menerusi kaedah pembinaan stesen-stesen solar hibrid.
Stesen solar hibrid, yang hanya terdapat di Malaysia menggabungkan teknologi penjanaan kuasa solar, bateri dan set generator.
Bekalan elektrik yang dijana oleh stesen solar hibrid itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan keadaan sosio-ekonomi penduduk, tetapi juga telah merapatkan jurang digital di antara pelajar luar bandar dan bandar. - Bernama
Assalamualaikum...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment