BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

Bah bawa masalah di tiga negara

2011/01/18

SEBUAH rumah rosak teruk selepas dilanda banjir di Nova Friburgo, Brazil.
SEBUAH rumah rosak teruk selepas dilanda banjir di Nova Friburgo, Brazil.

Operasi menyelamat lembap, penduduk berang

TERESOPOLIS: Hujan memperlahankan usaha menyelamat mangsa banjir di Brazil manakala di Australia bakal menjadi bandar ketiga terancam bah manakala penduduk di Sri Lanka menyerbu sebuah pejabat kerajaan selepas menuduh pegawai menahan makanan dan bantuan lain untuk penduduk yang terjejas dengan bencana alam terbabit.
Di RIO DE JANEIRO, usaha untuk membawa helikopter menyelamatkan beratus-ratus penduduk yang terperangkap dalam kejadian banjir lumpur terjejas berikutan hujan di wilayah utara Rio de Janeiro, ketika angka kematian meningkat kepada 633 dalam kejadian bencana yang menyebabkan beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Angka kematian mencecah 633 antara bandaraya Teresopolis, Nova Friburgo, Petropolis dan Sumidouro. Angka kematian meningkat setiap hari berikutan lebih banyak mayat mangsa dikeluarkan dari banjir lumpur terbabit.

Datuk Bandar Teresopolis, Jorge Mario Sedlacek, antara bandar yang teruk terjejas semalam berkata lebih 2,000 khemah dibawa, setiap satu mampu menempatkan 10 orang. Teresopolis memiliki lebih 3,000 penduduk yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir lumpur terbabit.

Sementara itu, banjir dikatakan adalah fenomena terburuk La Nina pernah dicatatkan di Pasifik yang menyaksikan Australia merekodkan hujan paling lebat kali ketiga sepanjang 2010.

La Nina juga menyebabkan banjir besar hampir satu pertiga Sri Lanka, memusnahkan 21 peratus kawasan penanaman padi negara itu dan menimbulkan kebimbangan masalah kekurangan makanan manakala satu juta penduduk terjejas akibat hujan lebat di Filipina.
“Kawasan bandar terbahagi dengan laluan air di tengah bandar dan lebih raya (Barat) terputus,” kata jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Victoria, Natasha Duckett.

Sebanyak 500 hartanah di bandar dengan 14,000 penduduk juga terjejas. Pegawai sumber kecemasan perbandaran Horsham, David Eltringham berkata bandar terbabit mengalami satu kejadian banjir dalam tempoh 100 tahun.

3,500 penduduk dipindahkan dari rumah mereka di Victoria, dengan 43 bandar dan 1,500 hartanah terjejas berikutan air naik.

Di BATTICALOA, penduduk menyerbu sebuah pejabat kerajaan di timur Sri Lanka yang dilanda banjir semalam, mendakwa pegawai menahan makanan dan bantuan lain sepatutnya diberikan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir.

Lebih 1,000 penduduk memenuhi pejabat di kampung Ariyampathy di Batticaloa. Mereka memecahkan tingkap dan mengurung kakitangan pejabat sehingga polis campur tangan.

Penduduk berkata mereka mendapati bantuan barangan kepada 4,000 penduduk termasuk beras, tepung, susu tepung, khemah dan dapur tidak diedarkan. Penunjuk perasaan bersurai selepas polis berjanji barangan terbabit akan diagihkan. – AP

0 comments: